Suku Kata

 Maksud Suku Kata

Suku kata ialah unit penyusun aturan bunyi pertuturan. Contohnya, perkataan sayang terdiri daripada dua suku kata: sa dan yang. Satu suku kata biasanya terdiri daripada nuklues suku kata (selalunya vokal) dengan pinggir awalan dan akhiran bukan wajib (biasanya konsonan).

Suku kata juga lebih dikenali sebagai satu ujaran terkecil dari sebuah kata. Sekurang- kurangnya satu suku kata terdiri daripada satu vokal  dan satu konsonan. Suku kata juga dibahagi kepada dua iaitu suku kata terbuka dan suku kata tertutup.

Suku kata merupakan "bongkah binaan" fonologi perkataan yang boleh mempengaruhi irama, prosodi, meter puitis, corak tekanan dsb. dalam sesebuah bahasa.

Penulisan mengikut suku kata bermula beratus-ratus tahun sebelum terciptanya huruf-huruf terawal.Catatan suku kata terawal terdapat pada papan loh yang ditulis di kota Ur , Sumeria sekitar 2800 SM .
 Anjakan dari piktogram ke suku digelar 'kemajuan
 terpenting dalam sejarah penulisan .

Satu perkataan yang terdiri daripada satu suku kata sahaja (seperti yang) ialah kata ekasuku, manakala yang terdiri daripada dua suku kata (seperti mana) ialah kata dwisuku. Perkataan tiga suku kata (seperti belalang) ialah kata trisuku, dan yang lebih daripada tiga suku kata pula (seperti pembolehubah) dipanggil kata banyak suku.


No comments: